KISAH DISEBALIK PESAWAT INI DIKEPUNG JET TEMPUR

KISAH DISEBALIK PESAWAT INI DIKEPUNG JET TEMPUR

SEKADAR HIASAN
HANYA beberapa jam selepas pesawat EgyptAir MS804 hilang dari radar dan disahkan terhempas di Laut Mediterranean hingga mengorbankan 66 nyawa, sebuah pesawat Delta Airlines dengan nombor penerbangan DL 8957 dari Jerman ke Kuwait dilaporkan tersesat di wilayah udara Greece.

Susulan itu, pegawai trafik udara di Greece terus menghubungi juruterbang bagi mengetahui masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh pesawat komersial Perancis tersebut termasuk kemungkinan dirampas pengganas.

Namun, keadaan panik mula tercetus selepas juruterbang pesawat itu pula langsung tidak bertindak balas sehingga memaksa pegawai trafik udara segera melaporkan perkara itu kepada Kementerian Pertahanan Greece.

Dua buat jet tempur tentera udara Greece jenis F-16 kemudiannya dikerahkan untuk memintas dan mengepung pesawat model Airbus A320 yang mungkin sesat di laluan tersebut.

Hasilnya pilot jet tempur mendapati juruterbang pesawat Delta Airlines berkenaan, dipercayai dalam situasi terlelap selepas meletakkan jentera kendaliannya dalam mod auto pilot.

Juruterbang berkenaan yang nyenyak tidur dikatakan tidak nampak cahaya laser yang disuluh oleh jet tempur sehingga memaksa sinaran laser itu disuluhkan pula kepada penumpang.

Beberapa penumpang yang kebetulan perasan kemudian memaklumkan kepada pramugari bahawa penerbangan mereka telah dikepung oleh pesawat pejuang tentera Greece.

Bimbang insiden buruk, pramugari yang panik segera mengetuk pintu kokpit pesawat bagi memaklumkan hal kecemasan itu kepada juruterbang.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia sebelum ini, telah mengenal pasti 12 kemalangan udara berlaku akibat terlelap dan 64 kes pesawat nyaris hilang disebabkan faktor juruterbang yang keletihan. – MYNEWSHUB.CC
PUNCA SEBENAR PRESIDEN ECUARDOR JUAL SYARIKAT UDARA NEGARA

PUNCA SEBENAR PRESIDEN ECUARDOR JUAL SYARIKAT UDARA NEGARA

QUITO – Presiden Ecuador, Rafael Vicente Correa menyuarakan keinginannya untuk menjual Tame, syarikat penerbangan milik negara Amerika Latin itu demi menampung kos pemulihan pasca gempa bumi baru-baru ini.

Hasrat tersebut diluahkan Correa, 53; yang pernah menjadi menteri kewangan sebelum dilantik sebagai presiden sejak 2007; ketika memberi ucapan pembukaan tahunan di hadapan Parlimen Ecuador pada 24 Mei lalu.

Menurut beliau yang dipetik agensi berita antarabangsa Associated Press, ada dua kemungkinan yang mampu dilakukan pihak pemerintah Ecuador susulan bencana alam terburuk di negara tersebut pada 16 April lalu.

Pertama ujar Correa, adalah menjual sepenuhnya Tame Airline yang ditubuhkan sejak 1962, atau kedua membuka kebarangkalian untuk penanam modal membeli sebahagian besar saham dari syarikat udara kebangsaan itu.

Tame yang memiliki 21 buah pesawat pelbagai model dan terbang ke 25 destinasi di rantau Caribbean; dahulunya pernah di bawah pentadbiran tentera udara Ecuador sebelum diambil alih oleh pihak kerajaan pada 2011 lalu.
Penjualan ini bagaimanapun jika sampai kepada peringkat terdesak mungkin diperluaskan lagi dengan meliputi pelbagai syarikat berkaitan kerajaan yang lain termasuk firma perbankan, kejuruteraan dan penjanaan tenaga.

Ecuador yang merdeka daripada Colombia pada 1830 dianggap ekonomi lemah sehingga memaksa ia memakai mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2000 sekali gus memansuhkan mata wang tempatannya, sucre.

Correa mengaku beliau ingin menghabiskan satu tahun terakhir tempoh pemerintahannya dengan membangunkan kembali Ecuador yang hancur akibat gempa dengan kekuatan 7.8 pada skala Richter pertengahan bulan lalu.

Bencana dahsyat itu meragut seramai 661 nyawa dan sembilan masih lagi hilang manakala 22,732 orang cedera selain mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal ekoran 1,034 gegaran susulan sehingga 28 April.

Correa menganggarkan, proses pemulihan Ecuador memerlukan dana lebih AS$3 bilion (kira-kira RM12.3 bilion) dan merayu ihsan masyarakat antarabangsa untuk membantu negara berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

HENDAK MAKAN PERCUMA??,ANDA CUMA PERLU MEMBACA 2 JUZUK AL-QURAN

Seorang pengusaha gerai makanan, Ricky Ricarvy Irawan, pernah jatuh satu ketika dulu di mana pada tahun 1998 beliau terpaksa menutup kedainya kerana tidak mampu menahan kerugian lagi.

Beliau dahulunya mempunyai 18 buah gerai burger sambil menjual kad tambah nilai, kerepek pisang salai dan pelbagai lagi.

Menurutnya ketika itu dia meminjam wang di bank dengan nilai yang begitu besar namun akhirnya tidak terdaya untuk membayar.

Dari titik itulah beliau telah memutuskan untuk berhijrah dan beristiqamah ke jalan Allah di mana beliau pergi menuntut ilmu agama.

Mengaku masa lalunya begitu nakal dan sekolah SMA pun tidak lulus, itu tidak mematahkan semangatnya untuk bangun semula dan berjaya.


Ricky akhirnya telah membuat keputusan untuk bergabung dengan komuniti Pemuda Hijrah dan mengabdikan diri di Masjid Al-Lathief Jalan Suren, Kota Bandung.

"Saya lagi merasa ditenggelamkan oleh Allah. Sudah terlalu banyak dosa. Saya mengabdikan diri di Masjid," ungkapnya dipetik laporan Detik.com.

Beliau kini telah membuka gerai makanan bergerak di Jalan Ciujung, Bandung, Indonesia dengan menyediakan 15 menu makanan berlainan di mana gerainya itu menerapkan konsep Islamik.

Apa yang menariknya, kepada mana-mana pelanggan yang membaca dua juzuk Al-Quran, mereka boleh menikmati makanan di gerainya secara percuma. Menarik!

Menurut Ricky, kebiasaannya pengunjung yang membaca dua juzuk Quran tersebut boleh menghabiskannya dalam masa sejam.

Namun, ada juga mereka yang datang mengaji tetapi tetap membayar hidangan yang telah dimakan oleh mereka.

Beliau berharap agar warungnya itu boleh diperbesarkan lagi bagi menampung lebih ramai pelanggan yang ingin datang mengaji di samping menjadi salah satu jalan dakwah lebih-lebih lagi gerainya itu berada di laluan orang berniaga yang padat dengan orang ramai. -Siakapkeli.my

"TUNGGU SURAT SAMAN!,MEREKA TIDAK AKAN TERLEPAS"-POLIS

SEREMBAN: Kesemua pemilik kenderaan yang dikesan menggunakan laluan kecemasan ketika insiden kemalangan di Kilometer 228.6 Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Rembau Ahad lalu tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan, lapor Sinar Harian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Md Dali Wahid berkata, kesemua pesalah trafik yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan di mana semua surat saman akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Saya sangat kesal dengan segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan menggunakan laluan kecemasan dengan sesuka hati.

"Misalnya kes di Kilometer 228.6 tempoh hari, jelas sekali menunjukkan ramai pengguna kenderaan menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans.

"Ini secara tidak langsung menyukarkan operasi menyelamat, sekali gus memberi kesan kepada mangsa kemalangan yang terlibat," katanya semalam.

Beliau turut menegaskan pihak polis trafik kini sedang giat mengesan pengguna kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan tersebut di mana dalam kejadian Ahad lalu, sebuah kemalangan tragis telah mengorbankan nyawa dua beradik.

Kerana sikap pengguna jalanraya memasuki laluan kecemasan, pihak ambulans terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di lokasi kemalangan.

Menurut saksi, kedua-dua mangsa kemalangan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR cedera parah akibat terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan.

Bagaimanapun akibat kelewatan ambulans tiba menyebabkan kedua-dua mangsa lambat dirawat dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). - Siakapkeli.my

Ini Jawapan Daripada Syamsul ,Viral Kononnya Jangan Tengok Filem Munafik Di Rumah Kerana Ayat Seru Syaitan,


Sejak beberapa hari lalu, telah menjadi viral di laman sosial tentang diaolog yang digunakan dalam filem Munafik dimana dia tersebar luas di media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook, katanya ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar dan menurutnya lagi ayat berkenaan tiada sedikit pun tiada cacat celanya.

Jadi beliau mengingatkan supaya orang ramai tidak menonton cerita itu dirumah apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda.



Kerana ianya telah menjadi viral, laman Instagram milik pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah menerima soalan bertalu-talu daripada peminat tentang kebenaran dakwaan itu.

Seorang peminat bernama Nurazurawawa telah bertanyakan kepada Syamsul soalan berkenaan.



Akhirnya Syamsul telah tampil menjawab soalan yang dikemukan oleh Nurazurawaa itu di mana ia menafikan apa yang menjadi viral di laman sosial berkenaan.

Berikut adalah jawapan Syamsul.



Maka, dengan jawapan berkenaan, ternyata apa yang ditulis dan disebarkan di laman sosial berkenaan hanyalah rekaan semata-mata dan segala persoalannya terjawab.



Jadi elakkan dari menjadi penyebar khabar angin, selidik dahulu sebelum menekan butang "share" untuk memastikan kita tidak menginayai sesiapa.

Betul cakap Syamsul, sebagai muslim kita jangan taksub atau melampau dengan sesuatu. - Siakapkeli.my

Kategori

Kategori